Zaman awal William_Slim,_Viscount_Slim_Pertama

Slim dilahirkan di Bishopston, berdekatan Bristol, anak kepada John dan Charlotte (née Tucker) Slim. Kegagalan perniagaan bapanya bermaksud yang Slim tidak dapat memasuki universiti,[2] jadi beliau bkerja sebagai guru sekolah rendah dan juga bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat pembuat tiub logam, Stewarts & Lloyds, antara tahun 1910 dan 1914.

Mahupun tidak mempunyai kaitan dengan universiti,[2] William menyertai Kor Latihan Pegawai Universiti Birmingham dalam tahun 1912, lantas dapat ditauliahkan sebagai leftenan muda sementara dalam Rejimen Royal Warwickshire pada 22 Ogos 1914, sebaik sahaja tercetusnya Perang Dunia Pertama; dalam kehidupannya kemudia, disebabkan asal-usulnya dan pembawaannya yang sederhana, beliau disalah anggap sebagai seorang yang berasal sebagai askar biasa. Beliau mengalami kecederaan yang teruk di Gallipoli. Sebaik sahaja pulang ke England, beliau dikurnaia pentauliah tetap sebagai leftenan muda dalam Rejimen West India. Pada bulan Oktober 1916, beliau pulang ke Rejimen Royal Warwickshire di Mesopotamia. Pada 4 Mac 1917, beliau dinaikkan pangkat ke Leftenan.[3] Beliau tercedera buat kali kedua dalam tahun 1917. Sebelum kejadian ini, belaiau telah dinaikkan ke pangkat Kapten dan beliau dikurniakan pingat Military Cross (MC) pada 17 Februari 1918 kerana aksi-aksinya di Mesopotamia.[4]

Slim dipindahkan ke India berikutan kecederaannya dan diberikan pangkat Mejar sementara dalam rejimen Raifel Gurkha Ke-6 (6th Gurkha Rifles]] pada 2 November 1918.[5] Beliau dinaikkan ke pangkat kapten secara formal dan dipindahkan kepada Tentera Darat India British pada 22 Mei 1919.[6] Slim menjadi ajutan batalionnya dalam tahun 1921.

Rujukan

WikiPedia: William_Slim,_Viscount_Slim_Pertama http://www.randomhouse.com.au/Books/Default.aspx?P... http://www.theaustralian.com.au/news/features/slim... http://www.abc.net.au/tv/guide/netw/200911/program... http://www.theaustralianafund.org.au/residents/gov... http://stonebooks.com/archives/970801.shtml http://www.unithistories.com/officers/IndianArmy_o... http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p262284561 http://isni.org/isni/0000000081540148 //www.worldcat.org/oclc/396091